Pemulihan kawasan pembalakan Lembaga_Getah_Malaysia

Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia, Dr Salmiah Ahmad mahu getah ditanam bagi memulihkan kawasan bekas pembalakan. Ladang getah dapat meningkatkan keupayaan kawasan hijau di Malaysia dan membantu kurangkan pemanasan global. Ia juga memberi faedah pemuliharaan tanah, biodiversiti dan air, pembaikan kawasan tebing sungai selain dapat melibatkan penduduk tempatan dalam aktiviti ekonomi.

Ladang hutan getah Bukit Kuantan seluas 860.94 hektar siap 2010. Ia bertujuan untuk mendapatkan hasil kayu dan susu getah (lateks). Sehingga 3 April 2010, 56,696 pokok ditanam di Bukit Kuantan dengan tuaian pertama lateks dijangka diperoleh dalam tempoh lapan tahun, sementara hasil balak pula dalam tempoh 15 tahun. 625 pokok getah pelbagai klon ditanam bagi setiap hektar tanah . 100 peluang pekerjaan diwujudkan untuk penduduk setempat.[1]